Lirik Lagu Inang Aidilfitri – Sudirman & Zaleha Hamid


Menjelang kini fajar di Aidilfitri
Bergema takbir di subuh hening suci
Muslimin muslimat wajah berseri
Menyambut raya setahun sekali

Saling kunjung-mengunjung
Erat silatulrahim
Saling kunjung mengunjung
Erat silatulrahim

Sanak-saudara dan kaum keluarga
Datang berhimpun meriah suasana
Selisih faham terhapus hendaknya
Buang yang keruh ambillah yang jernih

Di hari Aidilfitri
Kita bertulus hati
Di hari Aidilfitri
Kita bertulus hati

Menjelang kini fajar di Aidilfitri
Bergema takbir di subuh hening suci
Muslimin muslimat wajah berseri
Menyambut raya setahun sekali

Saling kunjung-mengunjung
Erat silatulrahim
Saling kunjung mengunjung
Erat silatulrahim

Di tahun ini kita menjalin mesra
Mohon ampun kesalahan batin zahir
Semoga pada tahun akan datang
Panjang umur kita jumpa lagi

Ingatlah lagu ini
Inang di Aidilfitri
Ingatlah lagu ini
Inang di Aidilfitri
Ingatlah lagu ini
Inang di Aidilfitri
Ingatlah lagu ini
Inang di Aidilfitri
Ingatlah lagu ini
Inang di Aidilfitri
Ingatlah lagu ini
Inang di Aidilfitri